Persoalan Dalam Novel Kalvaria

Sebagai penulis tentunya dihujani dengan pelbagai persoalan dari pembaca. Kenapa begitu begini penceritaan novel Kalvaria. Ada beberapa soalan yang sering menjadi pertanyaan oleh pembaca ada saya nyatakan di sini. Biasalah. Penulisan adalah apa yang difikirkan pada ketika itu dan apa wahyu yang turun pada ketika itu. Kita bukannya hebat sangat. Ia semata-mata adalah gerak hati, bisikan ilmu dari Tuhan Pencipta Alam ini. ALLAH. Walau ada sahaja yang mengkritik penulisan menurut persepsi masing-masing, namun, paling penting adalah apa yang ingin penulis sampaikan mesej dalam penceritaan Kalvaria. Setiap penulis ada kisah tersendiri. Semua masing-masing ada keunikan tersendiri. Semua dari Allah agar sampaikan kepada orang lain. 


Soalan 1

Kenapa sanggup tukar kerjaya walhal telah mengharungi tempoh pembelajaran yang panjang.

Jawapan

Dalam dunia ini, bukan semua yang belajar dalam bidang yang diceburi kerana minat. Mungkin ada kerana paksaan dari keluarga atau dari seseorang teman rapat. Mungkin juga kerana kelayakkan akademik yang baik. Mungkin juga kerana ada pengalaman. Oleh kerana ada kelayakkan yang baik, maka mereka mencuba untuk menceburi bidang itu. Dan tidak semestinya pula menjadikan ia sebagai kerjaya. Ada yang lebih suka bidang yang lebih mencabar dari apa yang dipelajari dan mula menukar bidang yang lebih serasi dengan dirinya. Manusia berusaha mencari kepuasan diri mengikut keserasian untuk bertahan lama dalam sesuatu yang diceburi.

Umur, masa adalah ukuran. Namun, ia bukan halangan untuk mencapai apa yang diimpikan. Minat seseorang tidak sama. Impian seseorang tidak sama walau zahirnya kita seolah-olah dapat meneka. Namun hakikatnya, orang itu lebih tahu keupayaan dirinya. Kecenderungan diri sendiri. Kemampuan diri sejauh mana mampu bertahan.


Soalan ke 2

Adakah kesinambungan novel ini untuk novel Kalvaria 2 ?

Jawapan
Tiada. Cukuplah mendoakan kebahagiaan Muni Qazrina bersama suaminya Najmi Haiqal.


Soalan ke 3

Berapa umur Muni Qazrina ?

Jawapan

Kena baca novel Kalvaria dari awal tanpa langkau bab. Umur bukan halangan untuk mendirikan rumahtangga. Ini adalah kerana, setiap apa yang telah ditentukan adalah dari Tuhan/Allah. Manusia hanya sebagai hamba, khalifah mentadbir bumi. Allah adalah pencipta alam ini. Urusan jodoh, zuriat, rezeki, nasib, ajal dan sebagainya adalah ketentuan Allah. Sebagai hamba, teruskan beribadat kepada Allah.


Soalan ke 4

Kenapa mama Salbiah masih berupaya hamil ?

Jawapan

Urusan zuriat adalah pemberian Allah. Kita hanya hamba Allah. Ada orang ditakdirkan single.Itu lebih baik dari Allah untuk dirinya. Ada orang berkahwin dan ada zuriat. Itu adalah rezeki Allah untuknya. Ada orang telah lama kahwin tetapi masih belum ada zuriat. Itu adalah lebih baik untuknya. Itu semua Allah lebih tahu. Apa yang lebih baik untuknya, Usah sedih. Kerana Allah tahu itu yang terbaik untuknya. 


Soalan ke 5

Saya kecewa dengan pengakhiran novel Kalvaria. Apa berlaku pada watak-watak yang lain?

Jawapan

Watak lain telah jelas ada pengakhiran ceritanya. Setiap perkara baik yang dibuat akan menerima kebaikan, begitu juga sebaliknya. Muni Qazrina memutuskan untuk menolak tawaran jawatan lebih tinggi bagi mengikuti suaminya Najmi Haiqal untuk menyambung pengajian di luar negara. Puan Salbiah mengikuti suaminya Dr. Ahmad untuk tinggal bersama di kampung dan hidup bahagia dengan kehadiran cahaya mata. Mona Khairina, walau bukannya harapan mama Salbiah untuk menguruskan kerja sebagai eksekutif perkhidmatan keretapi laju, akur menerima keadaan bahawa dia harus bersedia menggalas tugas itu. Arifin menerima hukuman akibat kesilapan sendiri.  Faris dan Salina meneruskan urusan perkahwinan walau ia amat perit untuk dilalui akibat perselisihan pendapat dalam keluarga. Ustaz Kamarul menerima kenyataan bahawa Puan Azean, iaitu janda beranak lapan adalah takdir jodohnya. Ustaz Wajdi Solihin yang mempunyai dua isteri telah dinaikkan pangkat dan  telah dipindahkan ke sekolah lain untuk menjaga ketrampilan dan integriti pendidikan. Kapten Johan Maarif kembali bersama isteriya, Aldona dan anaknya Adibah Alawiyah. Ibu Kapten Johan Maarif menyesali perbuatannya yang menyakiti menantu yang baharu meminati agama Islam.

Rasa kecewa ini mungkin timbul bukan kerana kisah orang lain. Yang sebenarnya, pembaca tidak puas dengan akhir kisah Muni Qazrina dan Najmi Haiqal. Apa berlaku pada kedua-duanya selepas diijabkabulkan. Bila ditamatkan jalan penceritaan mereka berada di luar negara, pembaca tertanya-tanya bagaikan terbawa-bawa ingin tahu apa berlaku pada mereka di luar negara. Bagaimana kehidupan selepas kahwin? Dan, bila mereka balik Malaysia. Apa berlaku pula di Malaysia. Bagaimana dengan kerjaya Muni Qazrina. Ini bererti, pembaca berupaya menghidupkan watak Muni Qazrina dan Najmi Haiqal itu sendiri, sebagaimana apa yang ingin penulis sampaikan.


Soalan ke 6

Adakah novel Kalvaria akan difilemkan ?

Jawapan

Amboi. Tingginya impian. Saya masih penulis baharu. Jika ada rezeki untuk difilemkan, saya sangat bersyukur kerana mesej yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat akan semakin jelas difahami. Namun, semuanya memerlukan kefahaman lebih mendalam agar penceritaan menjadi lebih mudah diterima oleh masyarakat.


_______________________________________________________________

Terima kasih kepada pembaca yang budiman.
Pembaca yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. 
Terima kasih kerana memahami intipati dalam Kalvaria.
Semoga karya ini memberi manfaat buat semua.

Pendapat peribadi saya, nama watak Muni Qazrina dan semua watak yang terlibat dalam pembikinan novel ini adalah seolah-olah hidup. Dan, yang menghidupkan watak-watak ini adalah diri kita sendiri apabila membaca dengan niat untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Jalan penceritaan yang panjang, setebal 630 mukasurat agak mencabar untuk membacanya. Saya sendiri terasa nak jadi Muni Qazrina. Nak hidup bahagia. 

Jika melihat pada kelemahan semata-mata, maka mesej dalam karya ini jadi tiada makna dan terus padam.  

Terima kasih buat semua yang menyokong Kalvaria.




No comments:

Post a Comment