Kalvaria dari Perspektif Penulis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani"

Syukur kepada Allah dengan berkat kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan manuskrip Kalvaria ini dan seterusnya dapat diterbitkan dibawah naungan Penerbit ITBM yang saya kagumi. Walau karya ini merupakan karya novel pertama saya, saya sangat hargai. Saya sedar diri. Saya tidak sehebat penulis lain yang telah lama berkarya, yang diberikan ide bernas untuk melahirkan banyak karya novel yang baik. Mereka memang penulis yang tidak kenal erti jemu berkarya. Saya mulai memahami kenapa penulis merasa seronok apabila karya mereka diterbitkan.  Ya. Setelah memerah otak, mencurah ide, mencipta sesuatu plot, kisah, tragedi dan menyelesaikan sendiri masalah yang diciptakan dalam karya novel mereka.  Mereka memang dilahirkan sebagai penulis hebat! Garapan penceritaan mereka yang menarik menggalakkan lagi peluang untuk mereka berkarya.

Ingin saya nyatakan, saya amat menghargai adik-adik yang menyertai pertandingan ulasan Novel Kalvaria yang telah saya anjurkan pada Bulan Ogos hingga Disember tahun 2018. Saya sebenarnya memberi peluang kepada adik-adik untuk memberikan ulasan "secara ilmiah" tentang apa mesej yang ingin saya sampaikan melalui karya saya. Setiap orang ada pengalaman sendiri. Tidak sama seperti apa yang kita fikirkan. Kita tidak berada di tempat mereka. Fikiran harus terbuka. Ulasan ilmiah berkenaan adalah mengikut spesifikasi yang saya harapkan.

Saya memang memerlukan ulasan ilmiah yang sedemikian rupa, ada saya kongsikan dalam blog ini. Tahniah adik-adik! Moga ia menjadi panduan dan membuka mata kepada yang hanya tahu mengkritik/menghukum karya orang lain tanpa ilmu. Saya sangat menghargai ulasan adik-adik! Peluang pertandingan ulasan ini adalah kerana mereka mahir dalam ilmu yang mereka pelajari di universiti dan mereka lebih arif menilainya. Walau kita pembaca novel tegar sekalipun, kita tidak mampu memberi ulasan sebaik sehebat adik pelajar yang mahir dalam bidang mereka! Biarlah mereka menjalankan tugas mereka untuk membuat ulasan secara ilmiah ini. Jika melihat pada kelemahan sesuatu novel, maka sampai kiamat, sampai bila sekalipun manuskrip seringkali ditolak jika editor/penerbit mencari kesempurnaan! Sememangnya sebagai penulis, saya memerlukan editor dan pakar bahasa yang mahir dalam ilmunya untuk membuat penambahbaikan dan kembangkan intipati karya ini dengan lebih baik. Terima kasih kepada penerbit yang menerima kelemahan dan editor yang sama berganding bahu baiki kelemahan penulis baharu seperti saya ini.

Apabila pemenang pertandingan ulasan Novel Kalvaria diumumkan pada 1 hb Januari 2019, saya merasa teruja. Ini adalah kerana ada 10 juri yang saya pilih untuk menilai ulasan berkenaan.  Juri tersebut terdiri daripada dalam kalangan pembaca, editor, bahasa dan pakar perubatan. Ini karya saya. Saya berhak memilih mereka secara terbuka. Mereka juga layak menilai. Terima kasih kepada semua juri yang terlibat. Tahniah saya ucapkan kerana tekun menelaah bagi memahami Kalvaria. 
_______________________________________________________________

Saya memerhatikan secara keseluruhan, kebanyakkan ulasan adalah berkisarkan kepada percintaan, hubungan kekeluargaan dan kerjaya. Sebenarnya, mesej saya sangat tersirat. Ia berkenaan sesuatu yang cuba saya kupaskan pengisiannya berkenaan pengalaman hidup. Bagaimana seseorang itu jadi begitu. Tentu ada sebab istimewa yang memberikan suntikan kepada dirinya suatu peristiwa yang berlaku semenjak zaman kanak-kanak. Tidak ramai yang boleh membaca fikiran saya sehingga melahirkan karya ini....Suspen je..Haa.. Nanti saya ada masa sesuai akan saya coretkan. Sabar ya! saya sedia luahkan........................................Nak nangis jap...huhuhu... Bila baca Kalvaria. saya nangis. Ia macam luahan hati saya... 












No comments:

Post a Comment