Sekalung budi setulus hati murni

Nama watak dalam novel Kalvaria adalah di ambil dari nama keluarga dan rakan-rakan. Ada juga melalui wahyu yang turun secara tiba-tiba. Walau tidak kenal watak itu, namun pena berlari-lari menulis cerita bagi menghidupkan watak. Tuhan seolah merestui. Begitulah jika rezeki. Jika bukan, ada sahaja halangan untuk menyiapkannya. 

Kupinjam namamu dalam karyaku, 
Sebagai kenangan kita pernah bersama,
Semoga jalinan ikatan ini semakin mesra.

______________________________________________________________
Muni Qazrina
Najmi Haiqal
Mona Khairina
Dr. Ahmad
Pn. Salbiah
Dr. Khalil Zulhilmi
Dr. Mastura
Pak Musa
Khadija
Kapten Johan Maarif
Aldona
Mak Seroja
Adibah Alawiyah
Cikgu Tengku Sabrina Ilyani
Ustaz Wajdi Solihin
Cikgu Hang Tuah
Ustaz Redha
Cikgu Habibah
Cikgu Belinda Lim
Cikgu Ramlah
Cikgu Zulkarnain
Cikgu Afifi Mokhtar
Juraifah
Ammar Safri
Vijay Krishnan
Luthfi Hadi 
Radhi Ilman
Shamsinar
Puan Azean
Rais
Ustaz Kamarul
Iqbal
Syafika
Pak Razali
Ariffin
Faris
Sarina
Aini Surya
Afnani
Ustaz Hassan
Sister Damia
Ainun
Nur Islami
Anas Maliki

Terima kasih.


Penerbit Novel Kalvaria


Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e,
Seksyen 10 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
+603 4145 1800
info@itbm.com.my

Pembelian Buku
Kedai Buku ITBM, Wisma ITBM
sales@itbm.com.my+6019 221 9015+603 4145 1929 (Kedai Buku ITBM)


_____________________________________________________________________________





Cabaran menyiapkan manuskrip Kalvaria


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Salam Sejahtera, Salam Bahagia, Salam Keberkatan.
Izinkan saya berkongsi kisah awal penulisan saya. Walaupun mengambil tempoh masa yang lama untuk menyiapkan manuskrip Kalvaria ini, akhirnya pada Ogos 2018, dapat juga diterbitkan oleh penerbit yang tidak dijangkakan, iaitu ITBM. Siapa sangka. Semuanya hasil usaha yang gigih tanpa mengalah. 

Usaha menyiapkan manuskrip Kalvaria ini adalah usaha penulisan manuskrip karya saya yang kedua sebenarnya, iaitu pada tahun 2013. Manuskrip pertama saya berjudul "XX" iaitu pada tahun 2011, masih belum terbit kerana masih kena buat penambahbaikan. Doakan manuskrip pertama saya bakal terbit jua suatu hari nanti. Kena usaha tanpa jemu. 

Saya terpanggil untuk berkongsi dalam blog ini tentang suka duka penulisan novel Kalvaria. Ia memang banyak cabaran. Kepada yang sanggup bersabar dan tahan dengan dugaan, pasti akan membuahkan hasil. Sesungguhnya, pada awal penglibatan penulisan saya ini bukannya menulis berniat untuk mendapat keistimewaan apa-apa. Sebab hanya suka-suka untuk mencuba bakat, tahap penerimaan orang terhadap penggunaan bahasa dan penceritaan kita. Sama ada mudah difahami atau sukar difahami. Saya sedar diri bahawa pencapaian peperiksaaan SPM untuk penilaian Bahasa Melayu saya pada peringkat sekolah menengah bukannya A1. Saya sedar kelemahan saya dan saya rasa,  saya perlu bangkit untuk membuat penambahbaikan. 

Awal penglibatan saya dalam bidang penulisan adalah pada tahun 1993. Saya mencuba bakat saya dengan menghantar puisi biasa-biasa sahaja ke DBP. Ia kisah biasa-biasa sahaja, iaitu bertajuk, Sehari di USM. Pada ketika itu, saya belajar di USMCK. Ada kawan medik yang juga sekampung dengan saya memberi galakkan untuk menghantar karya ke DBP. Beliau adalah Dr. Karimah. Beliau kerap menghadiri bengkel anjuran DBP. Atas pengalaman itu, beliau sangat mendorong saya mencuba bakat. Sekarang beliau merupakan pakar O&G di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KTG.  Saya amat berterima kasih kepada Dr. Karimah sebab beliau mencetuskan semangat penulisan sehingga ke tahap ini.

Setelah itu, oleh kerana kesibukan kerjaya, saya tidak menumpukan perhatian terhadap penulisan. Sehingga pada tahun 2013, saya kembali menghartar karya ke DBP untuk majalah Tunas Cipta. Saya mencuba lagi menghantar karya ke surat khabar Utusan Melayu dan majalah lain. Karya saya tidak banyak sebagaimana penulis lain. Biasa-biasa sahaja. Baru saya faham sebab mengapa penulis merasa seronok dan teruja untuk menghantar karya mereka untuk diterbitkan. Ia bagaikan persaingan dan ia adalah cabaran juga tentang pemilihan karya yang terpilih dan layak untuk diterbitkan. 

Berkenaan dengan penulisan novel, saya mencuba untuk menulis manuskrip biasa-biasa. Seolah luahan rasa hati. Ia bagaikan terapi diri. Bagi saya, dengan menulis saya merasa seronok meluahkan sesesuatu pengalaman setelah selesai tugasan seharian. Saya tidak merasa tertekan dengan kerjaya. Saya ada tempat yang baik untuk meluahkan isi hati saya iaitu melalui penulisan. Cuma untuk menjiwai watak, ia adalah cabaran hebat. Menghidupkan watak dengan nama-nama yang sesuai adalah cabaran bagi penulis. Nama watak memberi kesan besar dalam karya. Nama watak itu perlu serasi dengan penceritaan. 

Semasa menyiapkan manuskrip Kalvaria, kerapkali nama watak bertukar. Seringkali juga nama judul bertukar. Ada sahaja yang tidak kena dengan manuskrip Kalvaria. Sampaikan saya merasa macam agak berputus asa. Tapi, saya berfikir panjang. Cabaran nak menulis, cabaran penukaran bab, cabaran menyiapkan perenggan terakhir dalam manuskrip juga membuatkan saya merasa sesuatu. 

Setelah siap manuskrip, saya membaca banyak kali, mencetak banyak kali, baca lagi dan lagi. Masih juga ada kesilapan yang terlepas pandang. Bukan mudah sebenarnya. Ia mengambil masa yang panjang. Dan, pada bulan Julai tahun 2015, pada ketika itu saya bertugas di Cameron Highlands, setelah saya merasa puas menyemak penggunaan bahasa, ejaan dan sebagainya, saya mencuba menghantar manuskrip ke penerbit YY.  Saya masih ingat lagi, saya pergi mencuba nasib menghantar manuskrip ke Penerbit YY bersama dengan sepupu saya, Nor Hidayah Azahar. Beliau peminat novel. Banyak koleksi novel di rumah beliau! Haa...  Macam library dah!. Rak buku penuh buku yang telah dibaca beliau!

Selang beberapa minggu, saya mendapat khabar bahawa manuskrip Kalvaria (judul lain pada ketika itu) ditolak tanpa ada sebarang nota semakan atau penambahbaikan. Saya menerima dengan hati terbuka. Sedar diri. Saya bukan selebriti. Bukan sesiapa. Tiada ramai orang kenal pun. Penerbit itu lebih mengutamakan selebriti dan telah ada blog, atau apa-apa medium yang ramai pembaca. Peruntukan bajet penerbitan buku dan sambutan pembaca pemasaran setelah terbit oleh kerana penulis baru adalah cabaran juga. Jika terbit sendiri, tentunya memerlukan kos yang tinggi. 

Ya. Begitulah jika bukan rezeki. Saya menarik nafas panjang. Saya memeluk manuskrip saya. Saya membaca semula manuskrip mencari kelemahan. Saya sedar diri. Setelah itu, pada bulan Oktober tahun 2015, saya mencuba lagi menghantar manuskrip yang sama ke Penerbit ITBM. Saya menerima surat penerimaan manuskrip pada 19 Oktober 2015. 

Tidak lama selepas itu, saya mendapat khabar gembira dari Penerbit ITBM. Khabar yang tidak saya sangka. Sedar diri yang saya masih penulis baharu. Masih mencuba bakat.

Ya. Penerbit ITBM telah meluluskan penerbitan manuskrip Kalvaria. Allahu Rabbi. Terkejut. Tak sangka. Pada 1 Februari 2016, saya bersetuju dan menghantar "Surat Izin Terbit" khas buat Penerbit ITBM.


Setelah itu, saya bekerjasama dengan editor Novel Kalvaria iaitu Puan Zalila Isa. Kecut perut takut juga. Macam-macam saya dengar pasal editor ni. Saya segan. Haaaaa... Beliau sebenarnya editor hebat di Penerbit ITBM yang sangat saya kagumi. Saya bersyukur kerana beliau, Puan Zalila Isa menghadam penceritaan Kalvaria dengan baik sekali. Beliau banyak membuat penambahbaikan. Saya sedar. Ada banyak kelemahan saya dalam penulisan Kalvaria.  Jasa Puan Zalila Isa sangat saya hargai. Sebab itu saya abadikan kenangan dalam blog ini. Beliau menghidupkan watak Kalvaria dengan baik sekali. Syabas. Moga Allah memberikan kesihatan, keselamatan, ketenangan, kebahagiaan, kerahmatan, meluas rezeki buat beliau. Amiin. Sejujurnya, ketulusan hati beliau menyunting Kalvaria dengan baik memikat hati saya untuk mendampinginya walau dalam hati saya agak segan dengan kehebatan beliau. Sedar diri ini yang masih kurang ilmu penulisan.

Terima kasih Penerbit ITBM dan PENA kerana menerima manuskrip Kalvaria yang tidak seberapa ini.

 

Editor Novel Kalvaria

 Beliau, Puan Zalila Isa, adalah editor novel Kalvaria. Bakat beliau, sangat saya kagumi. Siapa yang kenal beliau, tentu memahami ketegasan beliau. Saya sangat hargai kerana beliau menjiwai Kalvaria dengan baik sekali. 




Kenapa karya ini diberi judul " Kalvaria " ?

Maksud "Kalvaria" menurut kaca mata penulis

Kalvaria diambil dari perkataan "calvarium" atau tulang tengkorak atau "helmet". Calvarium melindungi otak dari hentakan dan kecederaan. Ciri-ciri kalvaria yang keras menjadikan ia sangat kuat dan berkesan melindungi otak. 

Saya mengambil pengalaman semasa menjalankan tugas di makmal Anatomi. Pengalaman mengeluarkan otak manusia adalah suatu yang sangat mencabar. Perlu gergaji tempurung kepala secara keseluruhan menggunakan gergaji autopsi (autopsi saw). Ia sangat keras dan memerlukan tenaga yang kuat. Setelah tempurung kepala dibuka, ada lapisan yang melindungi otak. Hebat ciptaan Allah. Saluran darah sampai ke otak sehingga manusia berupaya berfikir menjalankan tugas dengan baik. Bagaimana sekiranya, tempurung kepala mengalami kerosakan akibat hentakan atau kecederaan ? Apa pula berlaku pada otak?  Bagaimana dengan tahap pemikiran? mampukah berfungsi seperti sediakala? Walaupun calvarial bone graft ada, adakah sama seperti yang asal?




Calvarial bone graft

Ciri-ciri perlindungan pada kalvaria memberi inspirasi saya untuk menggunakannya sebagai judul karya saya. Keupayaan seseorang memberi bakti kepada masyarakat bukan hanya untuk kepentingan peribadi. Dalam kehidupan, seseorang harus mempunyai ciri-ciri kuat, tabah dan berani melalui kehidupan. Ini adalah kerana banyak dugaan sama ada dalam diri sendiri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menguji kesabaran. Setiap pengalaman hidup yang dilalui adalah suatu yang positif dan ia mematangkan sesuatu tindakan dalam membuat keputusan. Penyesuaian kendiri dengan amalan kerohanian yang tinggi di samping kekuatan emosi dan intelektual yang tinggi adalah perlu untuk terus teguh berdiri. 

______________________________________________________________

The calvaria is the top part of the skull. It is the upper part of the neurocranium and covers the cranial cavity containing the brain. ... In its use, feminine Latin noun with plural calvariae; however, many medical texts list the word as calvarium, neuter Latin noun with plural calvaria.

How many bones form the calvaria?
Six bones which make up the calvaria – the frontal, parietal, temporal, occipital, sphenoid and ethmoid bones, so six bones.

What is another name for the calvaria of the skull?
neurocranium
The calvarium is properly another term for the neurocranium. Thus, the calvarium is the part of the skull that encloses the brain.

What is a calvaria in anatomy ?
The calvaria or skullcap is the upper part of the cranium and surrounds the cranial cavity containing the brain. Made up of the frontal, occipital, right and left parietal, right and left temporal, sphenoid, and ethmoid bones.




Maksud Bunga Dandelion sebagai Cover Novel Kalvaria

 


Nama ilmiah dari dandelion adalah Taraxacum officinale. Tanaman ini termasuk ke dalam genus Taraxacum cass dan famili Asteraceae. Pertama kali, dandelion ditemukan di wilayah Eropa dan Amerika bagian Utara. Nama dandelion sendiri berasal dari bahasa Perancis yang artinya gigi singa. Sejak zaman dulu, manfaat dandelion untuk kesehatan telah dikenal secara luas di berbagai wilayah Eurasia.


Disebalik keindahan Dandelion ada manfaat yang istimewa.


1. Mudah tumbuh di mana sahaja dan mudah mengadaptasi persekitaran

Di mana-mana, bunga dandelion mudah berkembang cukup banyak dan dapat tumbuh dimana sahaja. Serpihan bunganya yang melayang-layang, akan jatuh dan tumbuh membuat kehidupan baru. Ia mudah beradaptasi dengan lingkungannya menjadikan pokok inii bisa berkembang dengan mudah. Dandelion mudah tumbuh dimana saja ia berlabuh.



2. Dalam keadaan berangin bunga dandelion tersebar tidak rosak
Bunga dandelion dikenal sebagai bunga yang rapuh dan mudah terbang dibawa angin. Kanak-kanak suka meniupnya. Begitu juga remaja. Seronok melihat dandelion terbang dibawa angin. Namun, dandelion masih berupaya menjaga keutuhannya. Bahkan dalam keadaan terhempas angin dan bunganya tersebar sekalipun, bahagian bunganya tidak rosak.
Selain itu, bunga dandelion tetap mampu mengikuti arah angin dan memberi keindahan. Asyik. Dandelion kuat menjaga diri walau dimana ia jatuh. Ia mampu untuk hidup menyesuaikan diri dengan keadaan.
















Persoalan Dalam Novel Kalvaria

Sebagai penulis tentunya dihujani dengan pelbagai persoalan dari pembaca. Kenapa begitu begini penceritaan novel Kalvaria. Ada beberapa soalan yang sering menjadi pertanyaan oleh pembaca ada saya nyatakan di sini. Biasalah. Penulisan adalah apa yang difikirkan pada ketika itu dan apa wahyu yang turun pada ketika itu. Kita bukannya hebat sangat. Ia semata-mata adalah gerak hati, bisikan ilmu dari Tuhan Pencipta Alam ini. ALLAH. Walau ada sahaja yang mengkritik penulisan menurut persepsi masing-masing, namun, paling penting adalah apa yang ingin penulis sampaikan mesej dalam penceritaan Kalvaria. Setiap penulis ada kisah tersendiri. Semua masing-masing ada keunikan tersendiri. Semua dari Allah agar sampaikan kepada orang lain. 


Soalan 1

Kenapa sanggup tukar kerjaya walhal telah mengharungi tempoh pembelajaran yang panjang.

Jawapan

Dalam dunia ini, bukan semua yang belajar dalam bidang yang diceburi kerana minat. Mungkin ada kerana paksaan dari keluarga atau dari seseorang teman rapat. Mungkin juga kerana kelayakkan akademik yang baik. Mungkin juga kerana ada pengalaman. Oleh kerana ada kelayakkan yang baik, maka mereka mencuba untuk menceburi bidang itu. Dan tidak semestinya pula menjadikan ia sebagai kerjaya. Ada yang lebih suka bidang yang lebih mencabar dari apa yang dipelajari dan mula menukar bidang yang lebih serasi dengan dirinya. Manusia berusaha mencari kepuasan diri mengikut keserasian untuk bertahan lama dalam sesuatu yang diceburi.

Umur, masa adalah ukuran. Namun, ia bukan halangan untuk mencapai apa yang diimpikan. Minat seseorang tidak sama. Impian seseorang tidak sama walau zahirnya kita seolah-olah dapat meneka. Namun hakikatnya, orang itu lebih tahu keupayaan dirinya. Kecenderungan diri sendiri. Kemampuan diri sejauh mana mampu bertahan.


Soalan ke 2

Adakah kesinambungan novel ini untuk novel Kalvaria 2 ?

Jawapan
Tiada. Cukuplah mendoakan kebahagiaan Muni Qazrina bersama suaminya Najmi Haiqal.


Soalan ke 3

Berapa umur Muni Qazrina ?

Jawapan

Kena baca novel Kalvaria dari awal tanpa langkau bab. Umur bukan halangan untuk mendirikan rumahtangga. Ini adalah kerana, setiap apa yang telah ditentukan adalah dari Tuhan/Allah. Manusia hanya sebagai hamba, khalifah mentadbir bumi. Allah adalah pencipta alam ini. Urusan jodoh, zuriat, rezeki, nasib, ajal dan sebagainya adalah ketentuan Allah. Sebagai hamba, teruskan beribadat kepada Allah.


Soalan ke 4

Kenapa mama Salbiah masih berupaya hamil ?

Jawapan

Urusan zuriat adalah pemberian Allah. Kita hanya hamba Allah. Ada orang ditakdirkan single.Itu lebih baik dari Allah untuk dirinya. Ada orang berkahwin dan ada zuriat. Itu adalah rezeki Allah untuknya. Ada orang telah lama kahwin tetapi masih belum ada zuriat. Itu adalah lebih baik untuknya. Itu semua Allah lebih tahu. Apa yang lebih baik untuknya, Usah sedih. Kerana Allah tahu itu yang terbaik untuknya. 


Soalan ke 5

Saya kecewa dengan pengakhiran novel Kalvaria. Apa berlaku pada watak-watak yang lain?

Jawapan

Watak lain telah jelas ada pengakhiran ceritanya. Setiap perkara baik yang dibuat akan menerima kebaikan, begitu juga sebaliknya. Muni Qazrina memutuskan untuk menolak tawaran jawatan lebih tinggi bagi mengikuti suaminya Najmi Haiqal untuk menyambung pengajian di luar negara. Puan Salbiah mengikuti suaminya Dr. Ahmad untuk tinggal bersama di kampung dan hidup bahagia dengan kehadiran cahaya mata. Mona Khairina, walau bukannya harapan mama Salbiah untuk menguruskan kerja sebagai eksekutif perkhidmatan keretapi laju, akur menerima keadaan bahawa dia harus bersedia menggalas tugas itu. Arifin menerima hukuman akibat kesilapan sendiri.  Faris dan Salina meneruskan urusan perkahwinan walau ia amat perit untuk dilalui akibat perselisihan pendapat dalam keluarga. Ustaz Kamarul menerima kenyataan bahawa Puan Azean, iaitu janda beranak lapan adalah takdir jodohnya. Ustaz Wajdi Solihin yang mempunyai dua isteri telah dinaikkan pangkat dan  telah dipindahkan ke sekolah lain untuk menjaga ketrampilan dan integriti pendidikan. Kapten Johan Maarif kembali bersama isteriya, Aldona dan anaknya Adibah Alawiyah. Ibu Kapten Johan Maarif menyesali perbuatannya yang menyakiti menantu yang baharu meminati agama Islam.

Rasa kecewa ini mungkin timbul bukan kerana kisah orang lain. Yang sebenarnya, pembaca tidak puas dengan akhir kisah Muni Qazrina dan Najmi Haiqal. Apa berlaku pada kedua-duanya selepas diijabkabulkan. Bila ditamatkan jalan penceritaan mereka berada di luar negara, pembaca tertanya-tanya bagaikan terbawa-bawa ingin tahu apa berlaku pada mereka di luar negara. Bagaimana kehidupan selepas kahwin? Dan, bila mereka balik Malaysia. Apa berlaku pula di Malaysia. Bagaimana dengan kerjaya Muni Qazrina. Ini bererti, pembaca berupaya menghidupkan watak Muni Qazrina dan Najmi Haiqal itu sendiri, sebagaimana apa yang ingin penulis sampaikan.


Soalan ke 6

Adakah novel Kalvaria akan difilemkan ?

Jawapan

Amboi. Tingginya impian. Saya masih penulis baharu. Jika ada rezeki untuk difilemkan, saya sangat bersyukur kerana mesej yang ingin saya sampaikan kepada masyarakat akan semakin jelas difahami. Namun, semuanya memerlukan kefahaman lebih mendalam agar penceritaan menjadi lebih mudah diterima oleh masyarakat.


_______________________________________________________________

Terima kasih kepada pembaca yang budiman.
Pembaca yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. 
Terima kasih kerana memahami intipati dalam Kalvaria.
Semoga karya ini memberi manfaat buat semua.

Pendapat peribadi saya, nama watak Muni Qazrina dan semua watak yang terlibat dalam pembikinan novel ini adalah seolah-olah hidup. Dan, yang menghidupkan watak-watak ini adalah diri kita sendiri apabila membaca dengan niat untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Jalan penceritaan yang panjang, setebal 630 mukasurat agak mencabar untuk membacanya. Saya sendiri terasa nak jadi Muni Qazrina. Nak hidup bahagia. 

Jika melihat pada kelemahan semata-mata, maka mesej dalam karya ini jadi tiada makna dan terus padam.  

Terima kasih buat semua yang menyokong Kalvaria.




Kalvaria dari Perspektif Penulis

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani"

Syukur kepada Allah dengan berkat kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan manuskrip Kalvaria ini dan seterusnya dapat diterbitkan dibawah naungan Penerbit ITBM yang saya kagumi. Walau karya ini merupakan karya novel pertama saya, saya sangat hargai. Saya sedar diri. Saya tidak sehebat penulis lain yang telah lama berkarya, yang diberikan ide bernas untuk melahirkan banyak karya novel yang baik. Mereka memang penulis yang tidak kenal erti jemu berkarya. Saya mulai memahami kenapa penulis merasa seronok apabila karya mereka diterbitkan.  Ya. Setelah memerah otak, mencurah ide, mencipta sesuatu plot, kisah, tragedi dan menyelesaikan sendiri masalah yang diciptakan dalam karya novel mereka.  Mereka memang dilahirkan sebagai penulis hebat! Garapan penceritaan mereka yang menarik menggalakkan lagi peluang untuk mereka berkarya.

Ingin saya nyatakan, saya amat menghargai adik-adik yang menyertai pertandingan ulasan Novel Kalvaria yang telah saya anjurkan pada Bulan Ogos hingga Disember tahun 2018. Saya sebenarnya memberi peluang kepada adik-adik untuk memberikan ulasan "secara ilmiah" tentang apa mesej yang ingin saya sampaikan melalui karya saya. Setiap orang ada pengalaman sendiri. Tidak sama seperti apa yang kita fikirkan. Kita tidak berada di tempat mereka. Fikiran harus terbuka. Ulasan ilmiah berkenaan adalah mengikut spesifikasi yang saya harapkan.

Saya memang memerlukan ulasan ilmiah yang sedemikian rupa, ada saya kongsikan dalam blog ini. Tahniah adik-adik! Moga ia menjadi panduan dan membuka mata kepada yang hanya tahu mengkritik/menghukum karya orang lain tanpa ilmu. Saya sangat menghargai ulasan adik-adik! Peluang pertandingan ulasan ini adalah kerana mereka mahir dalam ilmu yang mereka pelajari di universiti dan mereka lebih arif menilainya. Walau kita pembaca novel tegar sekalipun, kita tidak mampu memberi ulasan sebaik sehebat adik pelajar yang mahir dalam bidang mereka! Biarlah mereka menjalankan tugas mereka untuk membuat ulasan secara ilmiah ini. Jika melihat pada kelemahan sesuatu novel, maka sampai kiamat, sampai bila sekalipun manuskrip seringkali ditolak jika editor/penerbit mencari kesempurnaan! Sememangnya sebagai penulis, saya memerlukan editor dan pakar bahasa yang mahir dalam ilmunya untuk membuat penambahbaikan dan kembangkan intipati karya ini dengan lebih baik. Terima kasih kepada penerbit yang menerima kelemahan dan editor yang sama berganding bahu baiki kelemahan penulis baharu seperti saya ini.

Apabila pemenang pertandingan ulasan Novel Kalvaria diumumkan pada 1 hb Januari 2019, saya merasa teruja. Ini adalah kerana ada 10 juri yang saya pilih untuk menilai ulasan berkenaan.  Juri tersebut terdiri daripada dalam kalangan pembaca, editor, bahasa dan pakar perubatan. Ini karya saya. Saya berhak memilih mereka secara terbuka. Mereka juga layak menilai. Terima kasih kepada semua juri yang terlibat. Tahniah saya ucapkan kerana tekun menelaah bagi memahami Kalvaria. 
_______________________________________________________________

Saya memerhatikan secara keseluruhan, kebanyakkan ulasan adalah berkisarkan kepada percintaan, hubungan kekeluargaan dan kerjaya. Sebenarnya, mesej saya sangat tersirat. Ia berkenaan sesuatu yang cuba saya kupaskan pengisiannya berkenaan pengalaman hidup. Bagaimana seseorang itu jadi begitu. Tentu ada sebab istimewa yang memberikan suntikan kepada dirinya suatu peristiwa yang berlaku semenjak zaman kanak-kanak. Tidak ramai yang boleh membaca fikiran saya sehingga melahirkan karya ini....Suspen je..Haa.. Nanti saya ada masa sesuai akan saya coretkan. Sabar ya! saya sedia luahkan........................................Nak nangis jap...huhuhu... Bila baca Kalvaria. saya nangis. Ia macam luahan hati saya... 












Latar Belakang Penulis Novel Kalvaria



Suwaibah Abdul Hadi atau nama penanya Wawa alHadi merupakan penulis muda yang  pernah mengikuti bengkel penulisan kreatif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2013. Novel Kalvaria merupakan hasil penulisan novel beliau yang pertama diterbitkan. Puisi pertama beliau terbit dalam majalah Dewan Siswa (1995): Sehari di USM, dalam Majalah Tunas Cipta (2014): Keringat di Kebun Tebu Ayah, Rasul Junjungan, Guru Berbudi Insan Berbakti, Hari Terakhirku Bersamamu, dalam Majalah Sinar Rohani (2017): Seratus Pintu, dan Utusan Melayu (2015): Rintihan Azazil Kumelihat Betapa Indah Hidup Disayangi Tuhan dan artikel dalam Dewan Kosmik: Pengawetan Mayat (2013).


 

Juara Ulasan Novel Kalvaria : Faiz Sazali

 ULASAN NOVEL KALVARIA 

oleh Muhammad Faiz Sazali


1.0 SINOPSIS

Kalvaria, sebuah novel sulung karya Suwaibah Abd Hadi. Diterbitkan pada tahun 2018 oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Membaca tajuknya sahaja membuatkan pembeli dan pembaca tertanya, apa itu kalvaria?. Calvarium atau tempurung kepala merupakan tunjang utama yang melindungi otak kita dan diri kita daripada sebarang hentakan. Jika berlakunya kecederaan pada kalvarium, nescaya ia akan mengganggu fungsi otak. Begitu jugalah kehidupan kita yang memerlukan sokongan dan perlindungan dalam menjalani ranjau perjalanan di bumi Allah ini. Novel Kalvaria mengangkat martabat seorang wanita iaitu Muni Qazrina yang tabah menjalani kehidupan dalam memahami dan menolong pelbagai ragam manusia yang singgah dalam kehidupannya. Muni Qazrina merupakan watak utama dalam novel ini. Beliau merupakan seorang graduan dalam ijazah perubatan. Namun, disebabkan masalah peribadi beliau iaitu tidak boleh melihat darah dan menghidu sebarang perkara yang melibatkan kesihatan pesakit, Muni Qazrina telah menukar kerjaya beliau daripada seorang doktor perubatan kepada seorang guru sekolah menengah harian. Pertukaran kerjaya ini bukanlah kerana paksaan, namun disebabkan minat beliau yang begitu mendalam dalam bidang pendidikan telah membuatkan Muni Qazrina berpaling arah daripada dunia perubatan. Melanjutkan ke diploma pendidikan telah membuka sejuta pengalaman dan pengajaran dalam hidup Muni Qazrina yang telah bergelar sebagai Cikgu Muni Qazrina. Pengalaman dalam dunia pendidikan telah mendidik diri beliau untuk membantu serta membuka ruang yang luas buat anak didiknya dan membantu mendidik dirinya sendiri berlandaskan pengalaman yang diperolehi. Erti kasih sayang, penghargaan, sanjungan, pengorbanan dan percintaan adalah pengalaman berharga buat Cikgu Muni Qazrina.


2.0       PENCERITAAN / PLOT 

Pengarang mengangkat watak utama iaitu Muni Qazrina dalam pelbagai aspek. Pengarang meletakkan watak utama sebagai seorang anak, sahabat, doktor dan guru. Penggunaan dialog juga diselitkan bagi menghidupkan jalan penceritaan. Teknik imbas kembali dan imbas muka diterapkan oleh pengarang bagi memberi pembaca memahami lebih jelas tentang jalan penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis. Monolog dalaman sering dimainkan di setiap plot penceritaan yang dipegang oleh hampir ke semua watak. Namun, watak Muni Qazrina yang lebih banyak dimainkan dengan teknik penceritaan dan plot cerita.

            Isu-isu kekeluargaan, dunia pendidikan dan persoalan cinta ditonjolkan dalam novel Kalvaria bagi menguatkan jalan penceritaan novel ini. Isu yang dibangkitkan amat bertepatan dengan latar masa kini yang banyak terjadi dalam kehidupan kita sendiri. Unsur pengajaran dan nilai murni banyak diselitkan buat dijadikan panduan kepada pembaca. Jelas, pengarang mengangkat realiti kehidupan dalam plot penceritaan novel Kalvaria.


3.0       PERSOALAN

Persoalan di bawah merupakan persoalan secara umum yang merangkumi keseluruhan cerita. Setiap bab menonjolkan begitu banyak persoalan yang boleh dirungkaikan. Namun, secara keseluruhan amnya, persoalan di bawah mewakili setiap bab yang terdapat di dalam novel.

 

1)    Pengorbanan seorang guru

   Pengorbanan seorang guru dapat dilihat pada watak Muni Qazrina yang sanggup menukar kerjaya sebagai seorang doktor perubatan kepada seorang guru yang berpaksikan kepada prinsip dan niat yang suci iaitu ingin membantu masyarakat dan anak didik beliau agar terus mengukir sinar dalam kehidupan mereka yang akan datang. Pengorbanan guru-guru kaunselor juga menonjolkan betapa hebatnya pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.

2)    Kebijaksanaan dalam menghadapi masalah

Pelbagai masalah yang terdapat di sekolah dapat diselesaikan dengan jayanya seperti yang ditonjolkan oleh guru-guru. Masalah peribadi dan kekeluargaan juga dapat diselesaikan oleh watak dengan jayanya.

3)    Semangat dalam melakukan sesuatu perkara

Setiap watak di dalam novel ini menonjolkan semangat yang jitu dalam melakukan sesuatu perkara sehinggalah membuahkan hasil. Bimbingan dan pengajaran dalam kehidupan membuatkan setiap watak cuba menggapai sesuatu dengan jayanya.

4)    Semangat cinta akan bangsa dan negara

Plot yang terdapat di dalam novel Kalvaria telah menyelitkan unsur pentingnya pendidikan dan apa jua ilmu serta jati diri yang utuh dalam menghasilkan generasi bangsa yang unggul untuk masa akan datang.

5)    Sikap berpandangan jauh

Sikap yang ditonjolkan pada watak terutamanya Muni Qazrina dan Najmi Haiqal dalam dunia pendidikan dan kesihatan amat membantu buat masyarakat semasa dan akan datang.

 

4.0       WATAK DAN PERWATAKAN

Senarai di bawah merupakan senarai watak utama yang sering ditonjolkan dalam novel Kalvaria.

BIL

WATAK

PERWATAKAN

1

Muni Qazrina

Teguh dengan prinsip, bersemangat, penyayang, berfikiran yang jauh dan pandai dalam apa jua bidang. Hebat menyelesaikan masalah.

2

Najmi Haiqal

Junior kepada Muni, seorang yang bercita-cita tinggi, kuat semangat dan teguh dengan impian. Suami kepada Muni Qazrina.

3

Puan Salbiah

Ibu kepada Muni, seorang yang kuat berkerja dan amat setia serta kasih akan suami dan anak-anaknya.

4

Dr. Ahmad

Ayah kepada Muni, seorang Dr pakar bedah otak, seorang yang penyabar dan setia pada isteri.

5

Dr. Khalil Zulhilmi

Abang kepada Muni, seorang yang memegang pada prinsip dan amat mengasihani isteri tercinta.

6

Adibah Alawiyah

Anak murid Cikgu Muni, seorang yang bijak dan mampu hidup berdikari. Amat mengasihani Cikgu Muni. Orangnya banyak bercakap. Anak kepada Kapten Johan Maarif iaitu seorang juru terbang.

7

Ammar Safri

Anak murid Cikgu Muni yang amat pendiam, miskin dan bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang doktor. Amat kasih akan ibu dan adik-adiknya dan pernah menyimpan perasaan terhadap Cikgu Muni.

8

Cikgu Hang Tuah

Seorang guru yang tegas dan disanjungi oleh pelajar.

9

Pak Musa

Datuk kepada Muni. Seorang yang tegas dan semangat dalam melakukan apa jua perkara. Kuat beribadat di penghujung usianya.

10

Ustaz Wajdi Solihin

Seorang yang menyokong apa jua gerak kerja Cikgu Muni, mempunyai dua orang isteri dan pernah berhajat untuk memperisterikan Cikgu Muni. Seorang yang bersemangat dalam melakukan kerja.


5.0       LATAR TEMPAT

Latar tempat utama yang diterapkan di dalam novel ini.

Kuala Lumpur

SMK Seri Selasih

Univerisiti

United Kingdom

Kuala Terengganu

Kg Seri Telipot

Makmal universiti

New York, Niagara Fall

 

6.0       LATAR MASYARAKAT

·         Masyarakat yang mementingkan pendidikan

·         Masyarakat yang mengutamakan pekerjaan

·         Masyarakat yang mementingkan adat

·         Masyarakat yang penyayang

·         Masyarakat yang tidak mengenali erti putus asa


7.0       NILAI MURNI DAN PENGAJARAN

Terdapat pelbagai nilai dan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan novel Kalvaria. Nilai dan pengajaran yang disenaraikan adalah merupakan nilai keseluruhan yang ada pada novel ini.

§  Pentingnya ilmu pendidikan

§  Kasih sayang antara keluarga

§  Hormat guru dan orang yang lebih tua

§  Mengutamakan keluarga bukannya kerjaya semata-mata

§  Semangat juang yang tinggi

§  Tidak putus asa dengan sewenangnya

§  Berani menghadapi apa jua dugaan dan rintangan kehidupan

§  Saling bantu antara satu sama lain

§  Berkerjasama antara satu sama lain dan dalam satu organisasi

 

8.0       KEKUATAN

Penulis telah menerapkan pelbagai ilmu bantu dalam karya beliau untuk menghaslkan jalan penceritaan yang sempurna. Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai kekuatan yang mencorakkan plot penceritaan setiap bab di dalam novel Kalvaria ini. Anatar ilmu bantu yang digunakan adalah seperti berikut:

§  Ilmu Bantu Perubatan

Penulis telah menggarapkan pelbagai ilmu bantu perubatan. Melalui pengalaman beliau sendiri dalam dunia perubatan, maka pengaplikasian melalui pengalaman cuba diaplikasikan oleh beliau dalam novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut.

“Anoreksia merupakan masalah psikologi yang meningkat ketara khususnya dalam kalangan remaja. Ia merupakan kecelaruan pemakanan yang mengancam nyawa dengan ciri-ciri seperti ketakutan melampau terhadap berat badan yang meningkat, sentiasa mengharapkan penyusutan berat badan yang banyak,” ujar Muni Qazrina. Dia mengingatkan adik angkatnya itu tentang fakta anoreksia.

                                                                      (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 53)

Melalui petikan berikut, dapat dilihat bahawa watak Muni Qazrina yang mengingatkan adik angkatnya iaitu Najmi Haiqal berkenaan dengan anoreksia, memandangkan adik angkatnya terlalu taksub ingin kurus dengan hanya memakan sebiji buah apple. Jelas dapat dilihat akan ilmu bantu perubatan yang diterapkan oleh penulis untuk memberi panduan kepada pembaca.

Ilmu bantu perubatan yang lain adalah berlandaskan dunia teknologi dalam perubatan. Penulis telah menerapkan kisah teknologi perubatan di novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut:

“Ujian rutin yang dilakukan melibatkan ujian fungsi buah pinggang, ujian fungsi hati, gula dalam darah, lemak dalam darah, ujian air kencing dan sebagainya. Di Makmal Ujian Rutin, ada mesin analisis ujian darah yang berteknologi moden. Sistem pengecaman spesimen pesakit menggunakan bar kod. Setelah ujian selesai disemak oleh doktor yang bertugas, keputusan ujian makmal akan dimasukkan ke dalam sistem komputer.”

                                                                      (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 67)

            Jelas dapat dilihat berdasarkan petikan berikut, pengarang mengangkat tentang dunia perubatan yang kini berteknologi moden. Unsur yang diselitkan oleh pengarang telah membuka minda pembaca untuk mengetahui tentang teknologi moden yang ada dalam dunia perubatan.

            Berlandaskan novel Kalvaria, penulis turut menyelitkan ilmu kesihatan yang melibatkan kehidupan seharian dan pengajaran buat pembaca. Berikut merupakan petikan yang menerangkan tentang ilmu kesihatan:

“Mungkin juga jika ada luka pada kulit bayi ketika bersalin yang menjadi tempat masuknya virus. Tapi penularan virus ini boleh dicegah dengan pemberian HBIG (Hepatitis B immune globulin) sesaat setelah lahir. Dan dilanjutkan dengan tiga kali vaksinasi Hepatitis, iaitu pada minggu pertama kelahiran, satu bulan kemudian, dan enam bulan kemudian,” terang Cikgu Muni Qazrina...”

                                                                   (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 578)

            Petikan di atas menunjukkan dialog Ckgu Muni bersama Kapten Johan yang amat risau berkenaan dengan jangkitan Hepatitis B terhada Diba melalui isteri tercintanya. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang telah menggarapkan ilmu bantu perubatan yang melibatkan kesihatan kendiri. Pembaca boleh mengutip pengajaran dan ilmu yang diceritakan oleh pengarang. Di sinilah dapat dilihat bahawa kekuatan novel ini terdapat pada kekuatan plot ilmu yang berguna.

            Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai aspek yang melibatkan ilmu bantu perubatan di dalam novel Kalvaria. Ilmu bantu perubatan ini telah menguatkan novel ini dengan karya ilmiah yang menambah ilmu pengetahuan kepada pembaca. Sukar untuk memperoleh novel yang diselitkan dengan pelbagai cerita berlandaskan kepada konsep plot yang melibatkan perubatan dalam novel fiksyen.

 

§  Ilmu Bantu Sejarah

Penulis juga telah menerapkan ilmu bantu sejarah di dalam novel Kalvaria. Ilmu bantu sejarah adalah melibatkan dengan kisah-kisah fakta sejarah yang diselitkan dalam sesebuah penulisan kreatif termasuklah novel. Berikut merupakan petikan yang menunjukkan rentetan sejarah yang diceritakan di dalam novel ini:

“Berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu setelah upacara menurunkan bendera Union Jack. Ia berlalu pada pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur...”

 

“Pada 31 Ogos 1957. Di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu. Dengan rasmi penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.”

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 172)

            Dapat dilihat pada dua rangkap petikan di atas berkenaan dengan dialog Ammar Safri semasa sesi pembelajaran yang diadakan oleh Ckgu Muni di luar kelas. Pengarang telah menggarapkan rentetan sejarah dalam karya beliau. Hal ini telah menjadikan novel ini sebuah novel yang unik. Unsur-unsur sejarah yang dterapkan telah memudah pembaca untuk mengetahui lebih jelas dan tidak bosan berkenaan dengan peristiwa sejarah. Jika membaca semata-mata buku sejarah, pembaca akan menjadi bosan. Namun melalui karya kreatif ini, pembaca lebih berminat dan jelas akan peristiiwa penting sejarah negara kita yang telah diselitkan oleh penulis itu sendiri. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu bantu sejarah telah menguatkan lagi novel Kalvaria ini.

 

§  Kritikan Sosial

Terdapat juga kritikan sosial yang diketengahkan oleh pengarang. Kritikan sosial ini melibatkan perkara yang benar terjadi dalam dunia realiti kini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut:

“Selama ini mak Ina dan mak Fariz sangat rapat. Mereka sangat baik. Tapi, Ina tidak sangka hanya kerana pelamin, mereka bertekak sesama sendiri. Dan, mak Ina membatalkan perkahwinan Ina dan dengan Fariz. Mak dengan berani membuat pengumuman tanpa menghiarukan saudara-mara yang ada di rumah yang tekun membantu membuat persiapan perkahwinan kami.” Sarina bercerita sambil menangis.

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 107)

            Petikan di atas merupakan dialog antara Sarina iaitu teman rumah Muni ketika menuntut diploma pendidikan. Jelas dapat dilihat bahawa perkahwinan era kini, ibu bapa serta saudara mara sering merumitkan perkahwinan anak mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, semestinya bertanggungjawab untuk memudahkan anak sendiri mendirikan rumah tangga bukannya merumitkan keadaan. Masyarakat Melayu kini lebih mementingkan adat barat dan mementingkan mulut orang. Risau apa orang akan mengata jika kenduri tidak semeriah yang dijangka. Dapat diihat bahawa pengarang mengkritik isu sosial yang berlaku pada zaman kini. Ini telah membuatkan novel Kalvaria sebuah novel yang baik.

            Pengarang juga telah menyelitkan kritikan jurang sosial yang telah berlaku dalam dunia pendidikan kini. Berikut merupakan petikan tersebut:

“Sabar, Cikgu Muni. Zaman sekarang tidak boleh sentuh kulit pelajar walau pelajar berbuat kesilapan. Bukan macam zaman kita dulu-dulu. Kena pulas telinga kalau tidak menyiapkan kerja sekolah! Kalau tak solat, memang kena rotan!” ujar Ustaz Redha.

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 213)

            Petikan di atas merupakan dialog Ustaz Redha bersama Cikgu Muni yang membincangkan berkenaan dengan masalah pelajar SMK Seri Selasih. Jelas dapat dilihat bahawa pelajar era kini sememangnya tidak boleh disentuh. Jika disentuh maka ibu bapa akan menyalahkan guru dan sekolah, bukan anak mereka. Malah ada yang menyaman pihak guru. Tujuan guru menghukum murid adalah untuk mendidik bukan mendera. Dapat dilihat bahawa penulis mengkritik isu sosial yang telah berlaku dalam dunia pendidikan kini. Ini jelas menunjukkan bahawa penulis peka dengan isu sosial dan menjadikan novel ini sebagai saluran kritikan yang baik.

            Jelaslah bahawa kekuatan novel Kalvaria juga terletak pada kritikan sosial yang halus. Pengarang bijak menyelitkan kritikan ini dalam plot penceritaan agar pembaca lebih mudah memahami dan menjadikan pengajaran pada masa akan datang.

 

§  Penerapan Unsur Sastera

Penulis telah menerapkan nilai estetika dalam karya beliau. Buktinya beliau telah menyelitkan sajak dalam plot penceritaan. Antara sajak yang diselitkan dapat dilihat pada halaman 220 yang berkenaan dengan sajak Harga Remaja. Sajak ini telah menerapkan unsur pengajaran kepada pembaca. Di samping itu juga, nilai estetika sastera yang lain dapat dilihat pada halaman 280 iaitu berkenaan dengan sajak Usman Awang yang berjudul Ke Makam Bonda. Sajak ini telah didendangkan oleh Cikgu Muni Qazrina pada malam program motivasi. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang juag mementingkan nilai estetika iaitu dengan menerapkan unsur sastera dalam karya beliau. Secara tidak langsung, ia telah menguatkan novel Kalvaria ini sebuah novel remaja yang baik untuk pembaca. Penulis telah mengangkat martabat sastera dalam dunia penulisan kreatif.

 

§  Penerapan Ilmu Agama

Ilmu agama amat penting dalam kehidupan seharian. Penulis tidak ketinggalan dalam menerapkan ilmu agama dan secara tidak langsung menjadikan novel Kalvaria ini sebuah medium dakwah melalui penulisan kreatif. Beberapa contoh dapat dilihat pada plot penceritaan yang terdapat di dalam novel ini:

“..Biasanya selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Ustaz Redha akan menyampaikan tazkirah selama 20 minit sebelum pelajar dibenarkan ke kantin untuk sarapan pagi. Kitab Tanbihul Ghafilin dan Riadhus Solihin dijadikan panduan. Pelajar dicorak agar mentaati perintah Allah.”

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 212)

            Petikan di atas merupakan petikan yang menceritakan bahawa SMK Seri Selasih mementingkan ilmu agama. Berdasarkan kitab klasik Islam, pelajar dapat memanfaat serta mengutip pelbagai ilmu agama yang terkandung dalam kitab tersebut. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang mengangkat nilai Islam dalam novel ini.

            Di samping itu juga, pengarang telah menggabungkan ilmu agam dengan sains dalam plot penceritaan karya beliau. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut:

“Atuk, saraf tunjang putus tak?” kata Muni Qazrina. Dia teringatkan tentang prosedur semasa penyembelihan korban. Apa yang dia tahu, saraf tunjang tidak boleh putus. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dipisahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging kerana darah bertindak sebagai perantara kepada kuman.

                                                                   (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 419)

            Petikan di atas menjelaskan bahawa pentingnya kebersihan makanan mengikut syariat Islam. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang menggabungkan ilmu agama bersama ilmu sains dalam karya beliau. Secara tidak langsung ia menjadikan karya kreatif ini sebuah karya yang unik.

            Kekuatan novel Kalvaria ini juga dapat dilihat pada penerapan kisah nabi dala plot penceritaan. Buktinya dapat dilihat pada halaman 473 yang menceritakan berkenaan dengan kisah Maryam mengandungkan Nabi Isa. Berdasarkan plot penceritaan bahawa Adibah dituduh melahirkan seorang bayi dan membuang bayi di surau, penulis telah menyelitkan kisah Maryam semoga watak Adibah tabah dengan tuduhan yang tidak betul terhadapnya. Jelas dapat dilihat bahawa penulis amat peka dengan nilai Islam dalam karya beliau.

            Selain itu, pengarang mengangkat martabat nabi iaitu Nabi Muhammad SAW dalam plot penceritaan novel ini. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut:

“Begitu mulianya sikap Rasulullah SAW. Biarpun disakiti, dilukai, dan dihina            sebegitu rupa, Rasulullah masih sudi memaafkan sesiapa sahaja termasuklah musuh-musuh Islam. Jika Rasulullah SAW yang mulia ini mempunyai sifat pemaaf yang sebegini rupa mengapa tidak dengan kita, manusia biasa yang punya banyak kelemahan”. 

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 495)

            Petikan di atas merupakan petikan yang berkaitan dengan nasihat Cikgu Muni terhadap pelajarnya agar memaafkan seseorang. Jelas dapat dilihat bahawa pengarang menerapkan nilai murni dalam Islam berlandaskan kisah nabu junjungan. Secara tidak langsung menjadikan novel ini kuat dengan nilai murni dalam Islam.

            Kisah nabi yang lain juga dapat dilihat dalam novel Kalvaria.  Dapat dilihat pada petikan tersebut:

“Kapten! Dalam keadaan begini, kita perlu mengambil teladan dari kisah Nabi Ayub a.s. yang diuji oleh Allah SWT. Imannya sangat kuat. Nabi Ayub a.s. menjadi orang miskin dan jatuh sakit selama tujuh tahun,” ujar Cikgu Muni Qazrina yang mula menceritakan tentang penderitaan Nabi Ayub a.s. yang ditinggalkan isterinya hanya kerana penyakit yang dihadapinya”.

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 589)

            Petikan di atas merupakan nasihat Cikgu Muni terhadap Kapten Johan yang ingin berkahwin lain iaitu bersama Cikgu Muni kerana isterinya iaitu Aldona disebabkan penyakit Hepatitis B. Dapat dilihat bahawa pengarang menyelitkan unsur pengajaran yang terdapat dalam kisah nabi untuk tujuan pengaplikasian dalam kehidupan. Hidup berumah tangga seharunya bermuafakat dan saling bantu antara satu sama lain agar kehidupan lebih diberkati. Jelaslah bahawa kekuatan novel Kalvaria dapat dilihat pada penerapan kisah nabi untuk dijadikan tauladan.

            Secara keseluruhannya, penerapan ilmu Islam amat menguatkan plot penceritaan novel ini. Pembaca boleh menjadikan cerita yang diketengahkan sebagai pengajaran dan nilai dalam kehidupan seharian. Malah cerita sejarah Islam yang tidak diketahui oleh pembaca juga dapat diketahui dengan hanya membaca karya penulisan kreatif ini.

 

§  IIlmu Penerbangan

Ilmu Penerbangan merupakan ilmu yang melibatkan sains dan teknologi. Uniknya novel ini, pengarang telah menggarapkan ilmu penerbangan dalam plot penceritaan. Buktinya dapat dilihat pada petikan berikut:

“Menurut arwah ayah, dengan kemajuan teknologi penerbangan, tenaga daripada kilat dialihkan. Sebenarnya, jika kapal terbang disambar kilat, fiuslaj tidak terbakar atau rentung. Penumpang di dalamnya tidak terkena renjatan. Bekalan elektriknya tidak terputus!” ujar Kapten Johan Maarif.

                                                                    (Suwaibah Abd Hadi, 2018: 502)

          Petikan di atas merupakan dialog antara Kapten Johan bersama Cikgu Muni berkenaan dengan soalan Cikgu Muni. Cikgu Muni telah bertanya jika berlakunya kilat menyambar kapal terbang, apa yang akan berlaku kepada penerbangan tersebut. Jelaslah dapat dilihat bahawa penulis telah menerapkan ilmu sains dan teknologi bagi memberi pencerahan kepada pembaca untuk mengetahui tentang dunia penerbangan. Penerapan ini telah menjadikan novel ini unik dari dan utuh dengan nilai ilmunya.

            Secara kesimpulan bagi kekuatan novel ini adalah berdasarkan penerapan ilmu bantu dan penerapan ilmu pengetahuan yang lain. Penerapan pelbagai ilmu juga telah diselitkan dengan pelbagai nilai dan pengajaran. Pengarang juga menceritakan tentang latar sesebuah tempat dengan jelas yang menyebabkan pembaca berasa seperti berada di kawasan tersebut. Misalnya di New York iaitu di air terjun Niagara Fall. Kekuatan novel ini boleh dijadikan panduan buat pembaca serta pengaplikasian ilmu nilai dan pengajaran Islam dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, penulis banyak mengaplikasikan pengalaman serta pembacaan dalam penulisan kreatif beliau. Jelas bahawa novel Kalvaria sarat dengan kekuatan plot penceritaan yang baik.


9.0       KELEMAHAN

Setiap penulisan karya kreatif ada kelemahan tersendiri. Berdasarkan novel Kalvaria ini, klimaks penceritaan pada bab akhir kurang jelas. Pengarang tidak menceritakan apa yang telah terjadi kepada watak-watak utama yang sering dimainkan dalam plot penceritaan. Pengarang menamatkan karya ini dengan menunjukkan kebahagiaan watak utama iaitu Muni Qazrina di kota London. Pengarang tidak menceritakan kisah watak-watak lain dalam bab akhir. Pembaca jadi tertanya-tanya apa yang berlaku pada watak lain.

            Mungkin pengarang mempunyai sebab tersendiri. Jika ada rezeki, mungkin pengarang akan menghasilkan karya penulisan kreatif iaitu Kalvaria siri dua. Melalui karya siri ke dua, watak-watak lain akan diceritakan oleh pengarang dan ada kesinambungan kisah Cikgu Muni Qazrina dan suaminya Najmi Haiqal. Itu hanyalah tanggapan dan mungkin boleh dijadikan cadangan buat penulis.


10.0    PENUTUP ULASAN

Sesungguhnya novel karya Suwaibah Abd Hadi ini merupakan sebuah karya yang baik dan sarat dengan ilmu serta nilai yang boleh dijadikan panduan buat pembaca. Penerapan ilmu dan pengajaran adalah sebuah karya yang baik. Diharapnya akan ada kisah Kalvaria 2 dalam pelayaran dunia penulisan kreatif. Muni Qazrina, seorang anak, doktor, isteri dan guru yang patut dicontohi buat anak muda. Membaca novel ini, kita dapat mengetahui bahawa pengorbanan dalam apa jua bidang dan situasi adalah pengorbanan diri yang terbaik buat semua orang. Yang baik dijadikan panduan, dan yang buruk dijadikan tauladan.